Tuesday, 27 January 2015

KERETA BARU VS KERETA LAMA

Grabbed from Google

Tidak lama lagi, kita akan bekerjaya dan mampu untuk memiliki kenderaan sendiri, jadi apa pilihan kenderaan anda?  Yang  baharu atau yang terpakai atau yang lama?

Terdapat banyak persoalan yang terlibat dalam proses membeli kereta, tetapi yang pertama, paling mudah dan mungkin paling penting bagi seseorang adakah patut untuk anda membeli kereta baru atau terpakai atau yang lama?

Untuk membantu anda memilih, kami ingin senaraikan kelebihan yang kami nampak melalui kedua-dua pendekatan. Perlu diingatkan bahawa walaupun terdapat lebih banyak kelebihan yang disenaraikan untuk kereta baru, kebaikan untuk kereta terpakai juga mungkin boleh menjadi faktor utama dalam pemilihan pembelian kenderaan.
Berikut antara kelebihan yang kami rasa ternyata kepada semua rakyat Malaysia:-

Kereta Baru
                   http://www.mercedes-benz.com.my/

1.     Sudah pasti itu kereta baru yang keluar dari kilang pengeluar kenderaan.

2.     Kereta baru sekarang sudah banyak yang datang dengan jaminan 3 hingga 5 tahun oleh pengeluar kereta untuk menarik lebih ramai pembeli.

3.     Pengeluar kereta juga memberi penyelenggaraan berjadual percuma untuk jumlah masa tertentu atau jarak perjalanan tertentu.

4.     Peralatan gajet terkini yang lebih ke arah moden dan lebih mendekati citara pengguna moden.

5.     Ciri-ciri keselamatan juga diperketat selaras dengan keperluan pengguna dan juga garis panduan kerajaan demi keselamatan pengguna.

6.     Kadar penjimatan minyak yang lebih efisyen selaras dengan pengenalan teknologi baru oleh pengeluar kereta.

7.     Bank memberi peluang pembiayaan yang menarik untuk mengurangkan kos bayaran bagi menarik lebih ramai pembeli.


      Ilustrasi pembeli yang puas dengan prestasi kereta baru Audi TT Japan Spec

Kereta Lama

                http://www.motortrader.com.my/

1.     Harga yang jauh lebih rendah atas kadar susut nilai sesebuah kereta tersebut.

2.     Kemerosotan harga kereta boleh berlaku secara serta merta; menjadikan harga kereta tersebut tidak berubah jika ia sudah capai tahap harga pasaran.

3.     Kadar insurans bagi kereta terpakai yang lebih rendah mengurangkan kos kepada pengunna untuk perbaharui insurans kereta setiap tahun.

4.     Lebih banyak pilihan kenderaan terpakai yang terdapat di luar sana di mana pengguna boleh membuat pilihan atas citarasa tersendiri.

5.     Harga pasaran bagi alat ganti kereta terpakai jauh lebih murah dan mudah didapati di luar berbanding tempat servis pengeluar itu sendiri.

6.     Aksesori kereta lebih meluas dan murah tidak kira barang baru mahupun dari kedai potong.

Bagi kami, ini antara kelebihan yang secara zahirnya menjadi perbualan jika topik membeli kereta dibuka di kedai kopi bersama rakan-rakan.
                                                       Gambar ilustrasi- Google Images

PERSOALANNYA

  • Sejauh mana penilaian kita terhadap sesebuah kenderaan itu untuk membuat keputusan dalam membeli kereta?
  • Adakah kereta terpakai ini selalu rosak dan memerlukan masa untuk dibaik pulih?
  • Sejauh mana kebenaran yang kereta baru tidak akan mengalami sebarang masalah sepanjang 4 hingga 5 tahun?
  • Adakah pengenalan teknologi baru yang lebih kompleks menyebabkan para pembeli berfikir tentang tahap reliability sesebuah kenderaan itu?
  • Apa komen anda semua?


 Kami gemar membincangkan topik-topik sebegini baik dari segi kewangan, mahupun teknikal sesebuah kenderaan tersebut.


 http://www.motortrader.com.my/




 Gambar Hiasan



Hasil Bacaan dari.

http://www.arenakereta.com/2014/09/15/kereta-terpakai-atau-kereta-baru/

No comments:

Post a Comment